Tuesday, 27 September 2011

Aryan dan Jaundice


                          1st admitted at Hospital Seberang Jaya

Sedihkan tengok anak sendiri dok bawah lampu panas ni..Sian dia,dah la sorang2 pas tu tak pakai baju dengan seluar pulak 2..Masa jaundice aka kuning dia 263. Mula2 doktor suruh p hospital 15 Julai 2011 memang tak boleh terima. Dah la baru lepas bersalin 2 hari, kena masuk wad balik. Ya Allah..tension sangat.. Ktorang berkampung kat wad tu 3 hari 2 malam la juga. Hari ke-3 17hb Julai 2011 kat wad doktor kata kuning dah 201 dan Aryan boleh balik. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa daday..Aryan rindu kat daday, mummy lebih2 lagi..:)

                        2nd admitted at Hospital Bukit Mertajam

Lagi sekali kami diuji. Kali ke-2 Aryan kena masuk wad. Kali ni kat Hospital Bukit Mertajam, tempat Aryan lahir. Sian anak mummy..Kali ke-2 kena masuk wad ni kuning dia lagi tinggi 279. 2nd admitted ni doktor kata hari ke-2 dah boleh balik tapi saya mintak duduk lagi 1 malam. Sian daday masa ni belum dapat main2 ngan anak dia lagi n sepanjang masuk wad ni la daday asyik ulang alik dari rumah ke hospital. Tengahari datang pas tu balik. Petang datang balik.. Thanks daday! Dekat 3 minggu gak kena check up kat klinik. Alhamdulillah sekarang dah sembuh..

Muhammad Aryan Qayyum

 Assalammualaikum semua..

Agak lambat edit cita pasal buah hati ke 2 ni..hihi..Maklumla 'buat2' terlalu sibuk sejak bertiga ni..Si kecik ni aka Muhammad Aryan Qayyum lahir seberat 3.1 kg pada 13 Julai 2011 pada pukul 9.46 pagi waktu tempatan di Hospital Bukit Mertajam,Pulau Pinang.  Syukur pada Allah saya tak susah nak bersalin. Actually saya masuk hospital 2 hari sebelum bersalin. Masa tu tak sakit cuma turun darah. p check kat hospital terus kena tahan sebab dah terbuka 2cm. Syok gak duk hospital masa tu,relax je atas katil.. Saya duk tertunggu2 bila la nak sakit ni. Tak tau sebenarnya sakit nak bersalin camna.. 13 Julai 2011 pukul 1.30 pagi baru rasa sakit. Sebelum ditolak masuk bilik bersalin baru kak sebelah katil kata "Haa..baru nampak muka nak bersalin, sebelum ni dak pun.."hehehehe.. Disebalik dia kata cam tu saya dah ditolak masuk ke labour room pada 12 Julai 2011! Tapi disebabkan saya tak sakit, saya ditolak keluar enjoy2 dalam wad semula. Sakit selepas pecah air ketuban tu..tiap orang lain2 rasa sakitnya. Syukur saya sakit nak kuar baby tu sat ja. Nurse pelatih tu kata kak senang bersalin..hehe.. Saya bersyukur bersalin di Hospital Bukit Mertajam sebab yang sambut baby semua nurse perempuan. Layanan kat situ puan saya bagi A+ lah. Nasib tak buang duit p hospital private.

Baru 10 minit kuar dari labour room


Syukur Alhamdulillah sangat2 baby saya sempurna. Takut gak kalau keluar tak sempurna tapi saya dah bersedia awal2 kalau2 kuar tak seperti yang diharapkan.. Saya kini bergelar mummy! Ahaks! 
Semoga Muhammad Aryan Qayyum menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..

    :::Buah hati mummy n daday:::

Thursday, 22 September 2011

Spagetti Bolognese - Khas untuk Apni dan Kak Asmia

Spagetti Bolognese

Bahan-bahannya:
1 paket spagetti
garam
minyak


Caranya:
  1. Rebus spagetti,masuk garam+minyak. Biar sampai kembang. Toskan
Bahan Sos Spagetti:
1 bungkus daging kisar
1 botol sos spagetti Kimball-apa2 perisa
bawang putih-dadu halus
3-4 sudu besarcili mesin (boleh ditambah @dikurangkan,ikut citarasa masing2)
4-5 susu tomato puri
1 bawang-potong dadu
1 tomato-potong dadu
sosej-xnk letak pun xpa
garam
gula sket


Caranya:
  1. Tumis bawang putih. jangan sampai garing. 
  2. Masuk cili mesin. Biar garing sebentar. Masuk daging.
  3. Kacau biar daging dengan cili tadi sebati. Masuk tomato puri dan sos spagetti
  4. Masuk bawang,sosej dan tomato. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap

    Monday, 19 September 2011

    Balik Kampung..

    Gambar2 sebelum sampai umah masa baru turun kapal terbang.. Dah agak lama sebelum malatop ari 2.. Sampai awal kat airport tapi duk tunggu Sharil sampai kul 12 ktorang lepak kat KLIA. 2,3 kali jugakla kuaq masuk toilet..hehe.. Nak jalan2 masing2 tak letih,maka bertapala kat situ 2,3 jam....Thanks Sharil amek saya n encik suami kat airport..

    ::: Saya yang tembam :::
    ::: Saya yang gumuk :::
    ::: Saya yang??? hehehe :::

    Im Comming..

    Kekok gak dah lama tak update blog ni..Dalam 3 bulan lebih gak la xpegang keypad. Ni pun dok meraba2 nak tekan huruf. Kalau ada salah eja tu buat2 paham jela ek.. ehehehe.. Rindu gak nak update blog masa pantang ari tu tapi kat kampung tak ada tenet. Pinjam broadband adik pulak susah dapat line.. Dok tunggu ja peluang nak update blog ni..Anakanda saya tengah layan blues, mummy dia sibuk la cari peluang nak buat tu nak buat ni. Actually, kami sekeluarga baru sampai Sandakan ni minngu lepas. Kira baru nak suaikan diri balik dengan suasana kat Sandakan ni. Pinggan Merah akan diupdate dari masa ke semasa.. Insya Allah..tata..

    Sunday, 7 August 2011

    blog saya akan di update setelah saya habis berpantang..hehehe..sekian,terima kasih..

    Monday, 30 May 2011

    Dah jumpa!



    Cerita ni bermula bila kami dok layan drama Nora Elena TV3 pukul 7.00 petang tu. Mula2 malas nak layan sangat, tapi dok dengaq lagu2 dalam tu syok pulak. Cita tu pun not bad la.. Lawak2 bila nora n 'setan' dan kawen..hihi. Kami dua dok cari 1 lagu ni, cm layannnn la sikit. Ala2 mendayu2 gitu..hihi Masing2 dok teki teki lagu sapa. Yang pasti bukan Sofaz. Malam ni saya control pc ni maka dengan rajinnya saya google untuk cari. Mesti bos syok sebab dah tau tajuk lagu ni. Nak tengok sapa nanyi masa abis cita tu tak sempat..huhu. Tajuk lagu tu Terhenti Disini- Asfan. Bukan susah sangat nak cari cuma malas. Asyik dok teka2 saja...


    Terhenti Di Sini - Asfan

    Sedangku membaca wajahmu
    Senyumanmu menggambarkan sesuatu
    Jika kau fahami isi hatiku
    Ku tak ingin waktu henti tanpamu

    Dirimu menyalahkan sebuah erti

    Tapi diriku masih terhenti di sini
    Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
    Namun diriku masih terhenti di sini

    Andai kau dapat memahami

    Bahawa ku menangung semua ini
    Bukan niatku ingin kau pergi
    kerna ku masih terhenti di sini

    Dirimu menyalahkan sebuah erti

    Tapi diriku masih terhenti di sini
    Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
    Namun diriku masih terhenti di sini

    Tiada daya untuk ku lakukannya

    Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
    Tiada daya untuk ku lakukannya
    Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

    Dirimu menyalahkan sebuah erti

    Tapi diriku masih terhenti di sini
    Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
    Namun diriku masih terhenti di sini

    Tiada daya untuk ku lakukannya

    Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
    Tiada daya untuk ku lakukannya
    Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

    Template Recipes by Pinggan Merah®

    TOP