Thursday 3 May 2012

Bahaya garam pada anak kita..

Dah lama cari info pasal garam ni. Asyik miss je kalau cari. Anak dah nak masuk 10 bulan baru dapat detail yang agak jelas hari ni. Kawan and blog doc Harlina ada bagitau jangan masukkan garam pada baby kalau masak makanan anak kita.

Tapi orang2 terapat suruh masukkan garam dalam menu Aryan. Sebagai ibu semestinya aku akan ikut yang JANGAN. Sebab doc sendiri yang cakap cmtu. Kita kena tahu apa yang terbaik untuk anak kita! Ramai yang tak tahu sebab tak didedahkan. kesian sangat kat anak2 kecik kita..Ni lepas aku search punya search dapat la yang aku paham.. Banyak info kesihatan ni dari indon..Jenuh nak paham.. 

sumber : incik Google

Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.
 
Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Ok~! Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.


Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. PAstikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga.

Assalammualaikum....

Makkk aiii...lamanya tak jenguk..Dah bersarang rupanya...FYI saya dan family dah dekat 3 bulan pindah dari Sandakan ke Melaka. Kampung encik suami..Sejak balik ni jarang sangat boleh duduk depan pc macamni.. Almaklumla my hero active, ni pun nasib baik tidur. letih merangkak..tambah pula dah panjat memanjat dah. Semalam jatuh katil lagi..Im so careless!. Moga Allah melindungi Muhammad Aryan Qayyum.. Buat masa sekarang kami tinggal dengan mak dulu. Kalau ada rezeki baru la intai2 rumah.. 



Gambar terbaru kami ber3

Saturday 12 November 2011

Cotton Soft Chees Cake - Entri Tertangguh!


Kek sedap ni amek kat My Resepi.. Sangat menguji kesabaran sebab buat meringue tak jadi,nasib baik ada my master chef..hihi... Jom tengok resepila..

Resepi :Cotton Soft Cheese Cake
Sumber: My Resepi

Bahan-bahan ( 8-inci )
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)-sy bubuh tepung gandum
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon 

Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 
  5. Saya bubuh toping blueberry dan simpan kek semalaman. Sangat sedap! 

Wednesday 19 October 2011

Meatball with cheese in Tomato Sauce

Resepi ni dah lama sangat nak buat, ada la dalam setahun kot.. Asyik lupa n tak cukup bahan. Taoi Alhamdulillah, tengah2 sibuk gila ada gak masa nak mengentel meatball ni. Aryan ada dengan daday masa ni so senang la mummy nak bakar dapor tu..hihihi.. Macam biasa la, saya dah ubah sikit2 resepi ni ikut selera saya. Saya pencinta cis ni so bukan saja toping saya bubuh cis dalam meatball pn saya bubuh gak. Sedap sangat! Saya buat minum petang ari 2. Boleh je makan dengan roti,mee or apa2 jela yang sesuai. Menu ala2 cam kat Pizza Hut, dah tak ingat namanya. Encik suami la yang ajar saya makan n kami sangat suka! Saya amek resepi dari Blogresepi. Saya copy n paste kat cni je n mintak maaf sebab saya ubah ikut selera sendiri.


Resepi asal : Meatball in Tomato Sauce
Sumber : Blogresepi


Bahan-bahannya:
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar (saya guna daging lembu)
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis-(tak letak)
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar-(tak letak)
  • 1/2 teaspoon serbuk cili-(tak letak)
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak(saya letak)
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh-(tak letak)
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak-(tak letak)
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • mozarella cheese secukupnya-(untuk inti)
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • 1 teaspoon daun basil kering(saya tambah)
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Caranya:

  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis dan masukan cheese dan kepal sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :) 
 sebelum tabur cheese

with mozarella & parmesan cheese

fresh from oven

Jom makan!!!

Tuesday 18 October 2011

Kek coklat untuk Aryan!

Hahaha..agak lawak tajuk kat atas tu.. Tapi tu la yang sebetulnya tapi mummy ngan daday la yang tolong aryan makan..hihi.. Saja buat sebab anak mummy dah 3rd month! Syukur padaNya.. Ni saja simpan coklat untuk kek batik ari tu. Konon nak susun biskut meri cantik2 tapi asyik tak sempat je, saya buat je macam biasa.. Tapi yang specialnya untuk Aryan, mummy letak toping syrup Hershey's yang Aryan mengidam masa dalam perut mummy ari 2..hihi..Sedap sangatkan Aryan..yummyyyy!!!!!. Resepi sama je cam Kek Batik ari tu cuma saya tambah toping.. Jom cuci mata..



Thursday 13 October 2011

Rendang Ayam Hijau Majalah Rasa

Rendang hijau ni menu makan malam td.. Nak buat dari minggu lepas tapi asyik tak sempat je. Cili hijau dalam peti ais tu nak layu dah..cm la busy sangat2 kan..kan...yela nak buat kerisik lg. Saya lebih suka buat sendiri dari beli.  Resepi ni saya amek dari majalah Rasa. Dalam Rasa ni guna kerang, tapi kat cni susah nak dapat kerang so saya tukar kerang jadi ayam.. Dalam resepi ni saya ada edit2 sket ikut citarasa saya.. Saya suka resepi ni kena dengan taste saya. Mai layan resepi ni..


Resepi asal: Rendang Kerang Hijau
Sumber: Majalah Rasa


Bahan-bahannya:
  •  500gm isi kerang-saya guna ayam
  • 1 helai daun kunyit-saya tukar daun limau purut
  • 1 batang serai -ketuk
  • 1 biji kelapa-ambil santan
  • *10 biji cili hijau
  • *7 biji cili padi
  • *1 batang serai
  • *2 cm kunyit hidup
  • *1 cm halia
  • *1 cm lengkuas
  • *4 biji bawang besar
  • *3 biji bawang putih
  • garam secukup rasa
  • gula
  • 3 sudu besar kerisik -saya tambah
  • 4 sekawan-saya tambah
*untuk kisar

Caranya:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan masukkan bahan yang dikisar, daun kunyit, serai dan kerisik hingga pecah minyak
  2. Masukkan ayam,kacau sebentar biar sebati baru masukkan santan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
*Jika mahukan lebih pedas, tambahkan cili padi semasa mengisar bahan-bahan

Tuesday 11 October 2011

Kek Batik

Kek ni dah 2 hari buat,tapi asyik bz je menguruskan hero2 kat umah ni tak sempat nak edit blog ni..hihi. Dah lama teringin nak buat kek ni. Last buat pun tahun lepas kot. Resei ni amek kat My Resepi. Sedap gak..Rasa pahit2 coklat... Sedap! Saya  ada edit2 sket resepi ni..Meh la layan resepi ni..


Resepi : Kek Batik
Sumber: BBB

Bahan-Bahan
  • 1/2 cawan milo
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup-saya guna planta
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan serbuk koko
  • 340 bungkus biskut marie 
  •  badam-saya tambah
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie).
  2. Cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil.
  3. Kacau bahan-bahan tu sampai pekat 
  4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan badam kacau sehingga sebati.
  5. Lepas tu boleh masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
  6. Masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan.
  7. Selamat mencuba



Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP