Roti Jala Cicah Kari Daging..sedap wooo
Juadah pagi tadi. Seawal 6.30 pagi dah menjala roti ni..hehe.. Sebenarnya kalau kat sabah ni 6.30 pagi dah cerah terang menderang dah. Ala2 7.30 pagi waktu semenanjung. So jangan terkezuttt..Dari semalam memang plan dah nak buat roti jala ni.. Senang ja,pakai blend ja tepung tu,siap. Lepas tu dah boleh menjala..Cicah dengan kari daging yang buat malam tadi. Menang layan la..
Resepi: Roti Jala
Sumber : Pinggan Merah
Bahan-bahan:
- 4 sudu besar tepung gandum
- sedikit serbuk kunyit
- garam
- air
- Masukan semua bahan dalam blender. blend sampai tepung tak berketul2.
- Kalau adunan terlampau cair,tambah tepung dan kalau terlalu pekat tambah air.
- Lepas tu boleh la menjala.
cicah kuah kari daging
roti jala homemade..kiki
0 comments:
Post a Comment