Monday 30 May 2011

Dah jumpa!



Cerita ni bermula bila kami dok layan drama Nora Elena TV3 pukul 7.00 petang tu. Mula2 malas nak layan sangat, tapi dok dengaq lagu2 dalam tu syok pulak. Cita tu pun not bad la.. Lawak2 bila nora n 'setan' dan kawen..hihi. Kami dua dok cari 1 lagu ni, cm layannnn la sikit. Ala2 mendayu2 gitu..hihi Masing2 dok teki teki lagu sapa. Yang pasti bukan Sofaz. Malam ni saya control pc ni maka dengan rajinnya saya google untuk cari. Mesti bos syok sebab dah tau tajuk lagu ni. Nak tengok sapa nanyi masa abis cita tu tak sempat..huhu. Tajuk lagu tu Terhenti Disini- Asfan. Bukan susah sangat nak cari cuma malas. Asyik dok teka2 saja...


Terhenti Di Sini - Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami

Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya

Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya

Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Marble Cheese Cake Setanding SR!

Ni pun resepi buat semalam gak. Tak sangka jadi n rasa dia, aduhhh sedap bangat. ala secret resepi gitu. Saya ni hantu cheese dan memang suka sangat marble cheese cake kat SR tu. Kalau nak makan selalu bankrap la laki den. Rasa dia memang sama macam kat secret tu. Cuma base dia saya malas nak bubuh, takut tak sedap, ikut resepi memang tak ada base. tapi alhamdulillah sedap gile. Base kat SR tu cam guna oat kan.. Pagi semalam saya buat, malam tu dah tinggal sepotong. Pagi tadi baru saya habiskan. Ingat bos tak layan cheese kek ni tapi laju je dia makan. Saya amek dari MyResepi. Bahan sikit je yang penting nak buat tu senang. Terima kasih tuan punya resepi, memamg terbaikkkk dari ladang! hehe..

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Nasi Ayam Madu

Dah lama tak pekena nasi ayam. Ari jumaat ari 2 bos request nasi ayam. Syok juga kalau dapat buat ni. Kalau beli mahai, sekali makan ja. Kalau buat sendiri bleh ulang2 kali makan. Saya buat semalam.. Resepi ni main agak2 je bahan dia,sama macam resepi2 nasi ayam lain. Cuma tang ayam tu saya tambah madu, pas 2 saya perap lama sket..

Sunday 29 May 2011

Kejutan..tetttttt...

Sungguh tak sangka saya nak dapat interview time2 macam ni. 2 la,rezeki Allah nak bagi bila2 masa saja boleh dapat.. Borang ni saya isi tahun lepas hujung bulan 9 xsilap. Yela ingat dah hangus dah,lama bebenor dah tu. Petang Rabu 18.5.2011 saya dapat surat LHDN. Ingat surat nak kena bayar cukai ka hapa. Kalau nak kena bayar cukai depa ni salah orang ni. Keja pun idak,cmna nk bayar cukai..hehe...  Masa tu belum buka lagi surat tu. Dalam hati dok terfikir2 sambil buka surat tu.. Allahhuakbar..dapat panggilan interview kat Kota Kinabalu. Alhamdulillah.. Syukur.. Teruja, sedih, gumbira, takut, ah macam2 lagi la. Masa nak p tu lagi 2 hari nak balik semenanjung. tapi rezeki jangan ditolak. Apa yang penting try usaha dulu. Lepas tu doa kan. Kalau tak dapat bukan rezeki saya. Dapat interview ni pun dah syukur. Agak lama juga LHDN nak panggil interview ni, dekat2 6 bulan la..Fuhhh! lama tu.. xpala,asal dapat interview.. Semoga Allah murahkan rezeki kami ber3..

Saturday 21 May 2011

Cencaru Sambal Bersantan

Menu tengahari tadi. Masak simple2 ja sebab petang ni nak p umah abg muadz ibu dia buat makan2 sambut befday abg muadz setahun..Hepi belated befday abg muadz..befday dia 18hb ari tu tapi ibu dia buat hari ni,yela kan ari orang keje susah la orang nak p. My hubby aka big bos kena jadi cameraman arini. Papa muadz kata big bos saya pandai amek gambaq..hihi..


Resepi :Cencaru Sambal Bersantan
Sumber: Pinggan Merah


Bahan-bahannya:
  • Ikan Cencaru @ ikan2 lain 
  • 6 sudu besar cili mesin( dah campur bawang merah )
  • 1/2 cawan santan
  • 2 batang serai
  • minyak untuk tumis
  • garam 
  • gula
  • sos cili
  • sos tomato
  • air asam jawa
Caranya:
  1. Goreng ikan bagi garing2 sket
  2. Tumis cili sampai garing lepas tu masukan sos cili, sos tomato, serai. Kacau sebentar
  3. Lepas tu masukan santan,garam dan gula.
  4. Bila dah mendidih,masukan ikan tadi. Biarkan 5 minit,baru tutup api


    Friday 20 May 2011

    Roti Jala Cicah Kari Daging..sedap wooo

    Juadah pagi tadi. Seawal 6.30 pagi dah menjala roti ni..hehe.. Sebenarnya kalau kat sabah ni 6.30 pagi dah cerah terang menderang dah. Ala2 7.30 pagi waktu semenanjung. So jangan terkezuttt..Dari semalam memang plan dah nak buat roti jala ni.. Senang ja,pakai blend ja tepung tu,siap. Lepas tu dah boleh menjala..Cicah dengan kari daging yang buat malam tadi. Menang layan la..


    Resepi: Roti Jala
    Sumber : Pinggan Merah


    Bahan-bahan:
    • 4 sudu besar tepung gandum
    • sedikit serbuk kunyit
    • garam
    • air
    Caranya:
    1. Masukan semua bahan dalam blender. blend sampai tepung tak berketul2.
    2. Kalau adunan terlampau cair,tambah tepung dan kalau terlalu pekat tambah air.
    3. Lepas tu boleh la menjala.
    cicah kuah kari daging

    roti jala homemade..kiki

    Macaron

    Alhamdulilah,semalam ada orang bagi macaron ni. Akceli dah lama nak rasa benda ni. Dok tengok cara2 nak buat susah sangat so malas nak buat sendiri. Lagi pun tengok bahan2 dia cm manis sangat. Takat buat nak makan 2,3 biji tak berbaloi pulak. Bos kat umah ni bukan nak makan benda2 macam ni..Rasa dia sedap gak,rasa macam kacang2 gtu.Eh,rasa almond kot.Sedap gak,manis2 gitu. Tak boleh makan banyak ni,kang tak pasal2 paras gula naik plak.hehehehe.. Cantik je rupa paras macaron ni..:)

    Kari Daging Utara Campur Kentang

    Lama tak buat kari daging. Selalu buat kari ayam ja. Sedap gak sekali sekala makan daging ni. Aritu beli daging bos teringin nak makan bihun sup. Ni lebihan daging haritu. Saya buat malam tadi kari ni. Bubuh kentang,sedap gak..hehe..Cara2 nak masakni saya belajaq dari mak kat kampung dulu,cuma nak pedaskan sket saya tambah cili mesin..

    Resepi: Kari Daging Utara
    Sumber:Pinggan Merah


    Bahan-bahan:
    • Daging
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • serbuk kari 1 peket kecik
    • 4 sekawan
    • cili mesin@serbuk cili
    • santan
    • daun kari
    • 2 sudu besar kerisik
    • 2 biji kentang
    • cili hidup hijau
    • tomato
    • garam
    Caranya:
    1. Hiris @ kisar bawang merah,bawang putih,halia. Gaulkan serbuk kari dengan daging dan kerisik.
    2. Tumis 4 sekawan dan masukkan bawang,daun kari. Tumis hingga naik bau.
    3. Masukkan daging yang digaul dengan serbuk kari dan kerisik tadi. Masak hingga daging empuk
    4. Lepas daging empuk dan rempah kering sket boleh la masukkan kentang.
    5. Masukkan santan, garam. Biarkan mendidih baru masukkan cili hijau dan tomato
    6. Boleh la makan. Tabur la bawang goreng.

    Monday 16 May 2011

    Our 2nd Anniversary


    Dah lame bebenau nak share kek anniversary ni. Baru arini dapat post. Lama nau bak kata orang kampung suami saya..hehe.  Ni kek homemade punya tengok la betapa comotnya saya buat,tapi puas hari dapat buat sendiri..Bertungkus lumus akhirnya jadi juga kek ni. Nak beli SR time2 gawat ni tak mampu den..nak beli sekeping pung pikir 2,3 kali. hehe..Buat sendiri puas juga,dapat makan banyak kali.. Semoga hidup kami sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Nya. Amin..


    bonda dan papa dah nk tidoq br dapat potong kek..hihi

    ::: Selamat Hari Guru :::

    Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik kat Malaysia ni..Guru2 yang mengajar saya kat sekolah tadika dulu Tadika Kemas Kampung Kota ,SK Permatang Pasir,sekolah menengah, SMK Penanti,SM Teknik Kulim, Politeknik Permatang Pauh. Jutaan terima kasih yang juga untuk ustaz dan ustazah yang mengajar mengajar mengaji merangkap tok dan tokwan saya arwah wan hashim dan tok timah.. Saya juga tak lupa cikgu yang ajar saya memandu sampai boleh la bawa bumblee bee tu dari zero sampai 'expert' bawa keta..hihihi..Terima kasih semua..Jasamu akan ku kenang sampai bila2..

    Template Recipes by Pinggan Merah®

    TOP