Wednesday 30 March 2011

Kek Marble Sheila Mambo Versi Sendiri

Kek ni saya terpaksa olah sendiri sebab coklat dah habis. Baby ni(yeke baby?..hihi)nak makan sangat so saya ganti dengan bahan lain. Kalau nak tengok resepi asal refer sini ye. Tima kasih ye CMG!

Resepi: Kek Marble Sheila Mambo Versi Saya
Sumber:CMG

 Bahan-bahanya:
  • 125g mentega
  • 155g tepung naik sendiri(self-raising flour)
  • 2 biji telur-pulul sedikit
  • 125g gula halus-(kalau letak 100 g pun ok)saya letak 110
  • 125g cooking chocolate-abis stok,sy ganti 2 susu serbuk koko+2 sudu serbuk chocolate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 80ml susu segar-sy guna susu cair
Cara-caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu cair, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan serbuk coklat dan serbuk koko. Kacau rata.
  4. Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Pas tu lorek adunan tersebut. Hias la ikut suka hati..  

Monday 28 March 2011

Lobster Masak Lemak je..

 
rupa 'saya'(seperti gambar diatas) sebelum operate..kiki
rupa 'saya'(seperti gambar diatas) selepas operate..kiki

Masa ni p pasar BDC kat Sandakan ni. Mula2 datang sini gila punya teruja tengok lobster. Kalau kat semenanjung entah berapa ratus agaknya..Budak kat pasar tu ofer kami RM6. Kami main tawar2..Last2 dapat harga RM4. Cik abg ni dah la hantu udang,syok la dia..Takut gak nak siang lobster ni,saya suruh bos la siang..hihi..Lepas masak,isi dia fuhhh,lemak2 gitu. Sedap gile ooo..Saya yang kurang suka udang pun boleh layan udang ni. Masa ni tau masak lemak je..tapi layan gile ahh..Syukur Alhamdulilah dapat makan lobster ni..
meja beradap (masa tengah rajin je)..hihi

Budak Kicik

Nama dak ni Batrisya Safiya. Ejaan dia saya xtau sebab mak dia tak bgtau..hihi. Kalau ada yang tanya nanti saya tanyakan kat umie dia ye..Dia la kawan,teman masa cik abg p keja. Kami berkenalan tarikh 4.1.2011, hari Isnin..hehe..Masa tu saya takut dengan dia,maklumla tak tau perangai dia cam mana.. Dah 2,3 minggu dah kenal dah..Kalau dia tak datang,sunyi ooo..sebeb xboleh dengar suara dia yang suka 'nanyi'..hihi..Tengok la aksi dia bila orang nak amek gambaq..

dia dok posing tak tgk camera pulak..
geram..cm nak penyet2 je..hihi
aksi2 budak kicik..
uncle kata sopannya...;)

Saturday 26 March 2011

Ikan Bakong Bakar

Ermm..plan dah lama nak buat ikan bakar ni. Dok search2 resepi jumpa kat sini. Tapi saya dah mengubah ikut cara saya..Maaf ye,apapun sedap. Saya guna ikan bakong. Tak tau pulak kat semenanjung orang panggil ikan apa. En suami kata sedap ikan ni,rasa dia manis2 gitu. Makan dengan nasi panas2 dengan air asam,perhh..sedap ooo..Jom2 layan resepi ni..Saya masak simple je hari ni..kiki


Ikan Bakong Bakar
Sumber: Konda Kondi

Bahan-bahan
  • Seekor ikan bersaiz besar-saya guna ikan bakong
  • separuh bawang besar saiz kecil*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • halia sedikit*
  • 2 batang serai 
  • kunyit hidup sedikit
  • 15 tangkai cili kering-mesin
  • 3 sudu santan pekat-saya guna santan kotak
  • air asam jawa
  • gula dan garam
  • daun pandan or daun kunyit or daun pisang-sy guna daun pandan
Caranya:
  1. Tumis bahan2(*) sampai kering sedikit. Guna sedikit minyak je ye, kemudian masukkan cili mesin. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Perasakan gula dan garam. Biarkan kering macam pes tu
  3. Lepas tu masakkan santan. Kacau2 biar sebati dan tutup api
  4. Lumpur ikan dengan pes tadi lepas tu lapik ikan dengan daun pandan. Bakar dlm oven
  5. Hidangkan dengan nasi panas dan air asam.
Telur Kentang Dadu
Sumber:Pinggan Merah

Bahan-Bahan
  • kentang-potong dadu
  • 1 biji telur -pukul sedikit
  • bawang besar
  • serbuk cili @ serbuk paprika
  • garam
  • kunyit
Caranya
  1. Goreng kentang sampai empuk. Masuk serbuk cili, garam, kunyit. 
  2. Kemudian baru masukkan bawang. Biarkan layu baru masukkan telur. Kacau2 biar sekata baru tutup api. 
  3. Hidangkan..
Menu tengahari kami. Simple tapi bes telur kentang, ikan bakar, ulam timun, salad pencicah. Mangkuk 1 lagi lupa nak bubuh kicap.Cek abg ni tak makan air asam,so pencicah dia kena buat lain..hehe

Friday 25 March 2011

Udang Masak Lemak Cili Api


Udang Masak Lemak Cili Api
Sumber: Pinggan Merah

Bahan-bahan
  • 1/2 kg udang
  • 1/2 halia*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 10 cili padi-*saya guna cili burung (ikut kepedasan masing )
  • 2 batang serai-ketuk
  • santan
  • garam
Caranya
  1. Masukkan bahan yang diblend(*) ke dalam periuk. Keringkan sedikit atas api kemudian masukkan serai.
  2. Lepas tu masukkan santan. Biarkan sekejap baru masukkan udang. Perasakan dengan garam. Sesapa yang nk masukkan pak aji,silakan. Biarkan mendidih. Tutup api
  3. Hidang

Thursday 24 March 2011

Special Thanks Dedicate To My Beloved Husband


Dah lama saya nak taip entry ni tapi kali ni baru sempat. Saya nak dedikasikan ribuan,jutaan terima kasih yang mengunung tinggi cheeewahh.. kepada En suami aka Mohd Nazri Othman. Sebab dia saya dapat coret-coret dalam blog yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab bertungkus lumus sampai tak nak tidur sebab nak edit blog Pn isteri dia ni..kiki..Dorongan dan kritikkan yang berbakul2 saya dapat dari suami saya ni tau maka terhasillah Pinggan Merah..Semoga blog saya ni akan berkekalan...Amin..

Soto Ayam

Bawah resepi yang saya janjikan semalam. Saya taip semula resepinya. Terima kasih je kak Hana sebab kongsi resepi ni,kak hana buat nasi sup saya buat soto..Sedap. Resepi kat bawah ni saya dah ubah2 sket sebab ada bahan yang saya tak ada stok. Sori je kak Hana saya ubah2 sket..hehe..Kalau ada semua bahan sure lagi sedap..

Resepi Soto Ayam
Sumber : Kak Hana


Bahan-bahan
  • 4-5 ketul ayam
  • 1/2 biji bawang besar kuning*
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1sk serbuk jintan putuh
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar santan-xbubuh
  • bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih
  • 1/4 sk kecik serbuk buah pala-xbubuh
  • sebatang serai-ketuk
  • lengkuas-ketuk -saya xbubuh
  • 1 inci halia-ketuk
  • carrot @ kentang-optional saya bubuh carrot je
  • 1 batang saderi-xbubuh
Bahan2 sampingan
  • bergedil
  • nasi impit
  • kacang
  • daun sup-xbubuh
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • mee@bihun
Caranya:
  1. Panaskan minyak,tumis kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,bunga lawang. Tumis sebentar,masuk bahan kisar (*). Campur serbuk ketumbar,jintan manis,lada sulah dengan sedikit air-jadikan pes. Masuk dalam periuk tadi, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukan serai, halia, lengkuas, ayam, kiub dan air secukupnya.
  3. Bila ayam setengah masak masuk kentang, carrot dan saderi. Biarkan masak dan empuk
  4. Masukkan sedikit santan, garam secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api
  5. Kak Hana makan dengan nasi, tapi saya makan dengan bihun dan nasi impit.
  6. Sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masuk gula dan kicap. Hidang bersama sup tadi
  7. Bergedil simple versi saya: Kentang direbus,kemudian lenyek. Masukkan lada sulah,garam dan bawang goreng. Gaul sebati kemudian bulat2 kan. Celup dengan telur dan goreng dengan api sederhana. 
  8. Selamat mencuba.

Wednesday 23 March 2011

Soto Ayam vs Udang Masak Lomak Cili Api

Macam biasala..Layan dulu gambar ni..Masa buat soto ni dok belek resepi kat kak Hana xp kak Hana buat Nasi Sup. Kebetulan kat dapur ada nasi himpit n bihun. Memandangkan dah lama nak buat soto ni maka kerajinan pun melonjak lonjak..kiki..Masa ni pulak hujan renyai2..fuhhh..yang udang masak lemak tu pulak resepi kak ipar hubby kira biras saya la..Dia memang pandai masak..Layan dulu ok..next entry saya masuk resepi..


Monday 21 March 2011

Hershey's


Sumber :Hershey's

Ermm....dah lama dok cari2 kat area Sandakan ni..tapi tak jumpa..Akhirnya.... jumpa juga kat kedai bakery area rumah ni..Konon2 nak berlagak makan dengan ais krim. yela kalau p beli kat kedai mesti penjual tu letak syrup,pernah makan syrup Hershey's,sedap..tu yang dok gila cari..Agak mahal sebotol tapi kalau sedap sekali sekala takpa kan...Kalau letak atas ais krim meleleh-leleh syrup tu. Letak atas pankek aka lempeng pun sedap..Takpa2 nanti Hershey's ni akan masauk dalam peti ais saya juga..Bolehkan En Suami??kiki
Dua lagi dok cari kat sini benda alah ni..Mana nak dapat ye..Kalau buat kek, biskut sure sedap ni..Chocolate chip tu kakak saya kata sedap..Dia siap makan macam makan chocolate biasa je..


Sumber : Hershey's


dan

Sumber : Hershey's

Sunday 20 March 2011

Saat yang dinantikan



Minggu- 1:

Minggu ini sebenarnya masih periode menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Sebab tanggal perkiraan kelahiran si kecil dihitung berdasarkan hari pertama haid terakhir anda.

Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim. Saat ini janin sudah memiliki segala bekal genetik, sebuah kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang dibutuhkan hanyalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen. 
 
Sel2 telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulai proses pembuahan
5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka yaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel saja yang bisa menembus indung telur.
Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-henti berusaha secara tekun menerobos dinding lindung telur.
  Minggu ke-2 :

Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopi menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.
Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.


Minggu ke-3:

Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sadar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.
  
Minggu ke-4 :

Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif.

Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).
 
Minggu ke-5 :

Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
 
Minggu ke-6 :

Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga bokong. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski anda belum bisa mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai tampak.
 
Minggu ke-7 :

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru.
 
Minggu ke-8 :

Panjang kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda bisa melihat , ujung hidung dan kelopak mata mulai berkembang, begitu pula telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan tenggorokan, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah pembuahan.

bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna.
 
Minggu ke-9 :

Telinga bahagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun anda tak merasakannya. Dengan Doppler, anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.
 
Minggu ke-10 : 

Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap menit. Ia mulai tampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.
 
Minggu ke-11 : 

Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap.
Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah bisa dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah bisa mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah jumpalitan yang kerap terasa menyakitkan sekaligus memberi sensasi kebahagiaan tersendiri.
 
Minggu ke-12 :

Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin bisa jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram.

Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.
 
Minggu ke-13 : 

Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan sampah bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Janin mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram.
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.
 
Minggu ke-14 : 

Tiga bulan setelah pembuahan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju panggul.

Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal karena belum ada lapisan lemak.
 
Minggu ke-15 :

Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi Anda perempuan, ovarium mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm.
Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup.

Minggu ke-16 : 

Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan membutuhkan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai bisa mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini system peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.
Janin mulai bergerak ! Tetapi tak perlu kuatir jika Anda tak merasakannya. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi seiring dengan perkembangan kerangka. Bayi Anda berukuran 116mm dan beratnya 80 gram.

Minggu ke-17 :

Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah Anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari total berat badannya.
Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk.

Minggu ke-18 :
Mulailah bersenandung sebab janin sudah bisa mendengar pada minggu ini. Ia pun bisa terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram.
Bayi sudah bisa melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.

Minggu ke-19 : 

Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik karenanya ia mampu membuat gerakan sadar seperti menghisap jempol. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.

Minggu ke-20 : 

Setengah perjalanan telah dilalui. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. kuku tumbuh pada minggu ini.
Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat.  
Minggu ke-21 :
Usus bayi telah cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cairan lalu dilanjutkan melalui sistem pencernaan manuju usus besar. Gerakan bayi semakin pelan karena beratnya sudah 340 gram dan panjangnya 20 cm.
 
Minggu ke-22 :

Indera yang akan digunakan bayi untuk belajar berkembang setiap hari. Setiap minggu, wajahnya semakin mirip seperti saat dilahirkan. Perbandingan kepala dan tubuh semakin proporsional.

Minggu ke-23 :
Meski lemak semakin bertumpuk di dalam tubuh bayi, kulitnya masih kendur sehingga tampak keriput. Ini karena produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia memiliki kebiasaaan "berolahraga", menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram
Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.
 
Minggu ke-24 :

Paru-paru mulai mengambil oksigen meski bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang menjaga kantung udara tetap mengembang.

Kulit bayi mulai menebal.
 
Minggu ke-25 :

Bayi cegukan, apakah Anda merasakannya? Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan cegukan.

Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indera penciuman bayi sudah semakin membaik karena di minggu ini bagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.
 
Minggu ke-26 :
Bayi sudah bisa mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktifitas otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, bunda dapat memulai memperdengarkan lagu yang ringan dan mencoba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin bunda akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan tingginya 35-38 cm.
 
Minggu ke-27 :

Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih harus dimatangkan. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85% untuk bertahan.
Indra perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat umum bayi seusia si kecil 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38cm.
 
Minggu ke-28 :

Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan rambutnya terus tumbuh

Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup.
 
 
Minggu ke-29 :

Kelenjar adrenalin bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui).

Sensitifitas dari bayi semakin jelas, bayi sudah bisa mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.
 
Minggu ke-30 :

Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga bobot bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. Karena ia semakin besar, gerakannya semakin terasa

Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Saat ini waktu yang terbaik bagi bunda untuk menyenteri perut dan menggerak-gerakan senter tersebut maka mata bayi sudah bisa mengikuti ke arah mana senter tersebut bersinar.cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim bunda semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.
 
Minggu ke-31 :

Plasenta masih memberikan nutrisi yang dibutuhkan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di dalam air ketuban

Perkembangan fisik bayi sudah mulai melambat pada fase ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Berkebalikan dengan

perkembangan fisiknya, pada fase ini perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan bermilyar sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43cm.

Minggu ke-32 :

Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.

Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mulai bisa bermimpi.
  Minggu ke-33 :

Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai bisa berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap jempolnya dan sudah bisa menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah bisa mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45cm.

Minggu ke-34 :

bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh bunda sedang mengirimkan antibodi melalui darah bunda ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rinci pada saat bunda mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.
Minggu ke-35 :

Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim bunda. Apabila bayi bunda laki-laki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.
Minggu ke-36 :

Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah memproduksi kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah siap bertemu dengan mama dan papa. Berat badan bayi 2400-2450 gram, dengan tinggibadan 47-48cm.

Minggu ke-37 :

Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah bisa melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktifitas harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. Berat badan bayi di minggu ini 2700-2800 gram, dengan tinggi 48-49 cm.
Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 :

Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan.


Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP