Monday 30 May 2011

Marble Cheese Cake Setanding SR!

Ni pun resepi buat semalam gak. Tak sangka jadi n rasa dia, aduhhh sedap bangat. ala secret resepi gitu. Saya ni hantu cheese dan memang suka sangat marble cheese cake kat SR tu. Kalau nak makan selalu bankrap la laki den. Rasa dia memang sama macam kat secret tu. Cuma base dia saya malas nak bubuh, takut tak sedap, ikut resepi memang tak ada base. tapi alhamdulillah sedap gile. Base kat SR tu cam guna oat kan.. Pagi semalam saya buat, malam tu dah tinggal sepotong. Pagi tadi baru saya habiskan. Ingat bos tak layan cheese kek ni tapi laju je dia makan. Saya amek dari MyResepi. Bahan sikit je yang penting nak buat tu senang. Terima kasih tuan punya resepi, memamg terbaikkkk dari ladang! hehe..

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

3 comments:

Mr Night Hunter

Bestnyer..walaupun xminat sangat kek cheese camni,tp biler dah rase sedap plak..nnti buat lg yerk..hehehee..

Suka Suki

sedap kan..kan kan..xsangka rasa cm SR,klu rsa nk mkn je leh bt sendiri. suka tgk laki i mkn,ala2 melantak sudah..hahaha

Unknown

Yg buat kek bcorak tu letak apa?

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP