Sunday, 20 March 2011

Kek Coklat Tanpa Butter,Susu dan Telur

















Resepi ni baru gak buat..Mula2 heran gak tengok resepi yang tak pakai butter dan telur ni, nasib baik percubaan pertama menjadi.. Alhamdulillah..Kek bila diperam aka dimakan selepas 2 hari lagi sedap..Betul la kata tuan punya resepi asal DapurKu SaYang. Saya ambil dari blog kak Mas Duniaku. Saya nak mintak izin copy paste resepi kat sini je kakak2ku sekalian..Tima kasih daun keladi..


Kek Coklat Tanpa Butter,Susu dan Telur

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
  • 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
  • 2 cawan gula icing
  • 2 peket coffee mix (3 in 1) @ coffee 2 in 1 pun boleh
  • 2 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran @ minyak jagung
  • 2 sk cuka
  • 2 sk esen vanilla
Caranya:
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
Nota : Kek ini sangat moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.


Saturday, 19 March 2011

Mee Kari Utara

Layan dulu gambarnya..Nant saya taip resepi kemudian....Dah lama buat ni,masa awal2 berhijrah ke Sandakan ni..dulu just untuk suka suki sendiri je simpan hasil gambar masakkan ni..Mee Kari ni mula2 saya tengok kakak sulung saya buat masa raya,memang kaw gile la rempah ratusnya....Dulu2 just tolong2 kacau periuk je,sekarang dah jadi lisa suri rumah aka surirumah (bak kata Nurfaizatulhamima)..kiki kena la buat sendirikan....




Resepi Mee Kari Utara
Sumber : Pinggan Merah

Bahan-bahan
  • Sepeket mee kuning
  • taugeh
  • Setengah ekor ayam-potong kecil2
  • setengah kilo kerang-rebus dulu
  • 200g udang
  • fish cake-kalau ada
  • 10 biji fish ball
  • sepeket setengah rempah kari ayam-jadikan pes
  • 2 sudu cili mesin
  • 2 cawan santan
  • sebatang serai
  • 4 sekawan ( kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pala)
  • 1/2 halia-hiris
  • 2 ulas bwang merah-hiris
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • 1 tangkai daun kari 
  • garam
Bahan tabur
  • 2 biji kentang-rebus dan potong kecil2
  • cili merah
  • daun bawang-xbubuh
  • bawang goreng
  • tokua aka tauhu-kalau ada
  • kacang panjang-celur
  • sawi-celur (xsempat beli..kiki)
  • telur rebus
Caranya:
  1. Tumis 4 sekawan, bahan hiris dan daun kari hingga harum. Masuk rempah kari dan cili mesin. Tumis hingga terbit minyak masukan serai.
  2. Masuk ayam, udang, kerang, fish ball, fish cake, garam. Kacau sebentar kemudian masuk santan.sapa suka pak aji boleh masukan.
  3. Biarkan mendidih kemudian tutup api. Siap untuk dimakan.

Friday, 18 March 2011

Selamat Petang...

Assalammualaikum

Saya pendatang baru tapi pendatang dengan izin tau dalam dunia blog ni..kiki.. Al kesahnya tak ada keja kat rumah..Dari lepak saja baik buat sesuatu yang nampak gak hasil kan..Saya suka sangat main masak masak ni.. Oklah..anti saya stori mori panjang lebar lagi,nak pegi kenduri kawan encik suami ni.. Chow Chin Chow     

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP