Wednesday, 30 March 2011

Kek Marble Sheila Mambo Versi Sendiri

Kek ni saya terpaksa olah sendiri sebab coklat dah habis. Baby ni(yeke baby?..hihi)nak makan sangat so saya ganti dengan bahan lain. Kalau nak tengok resepi asal refer sini ye. Tima kasih ye CMG!

Resepi: Kek Marble Sheila Mambo Versi Saya
Sumber:CMG

 Bahan-bahanya:
  • 125g mentega
  • 155g tepung naik sendiri(self-raising flour)
  • 2 biji telur-pulul sedikit
  • 125g gula halus-(kalau letak 100 g pun ok)saya letak 110
  • 125g cooking chocolate-abis stok,sy ganti 2 susu serbuk koko+2 sudu serbuk chocolate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 80ml susu segar-sy guna susu cair
Cara-caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu cair, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan serbuk coklat dan serbuk koko. Kacau rata.
  4. Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Pas tu lorek adunan tersebut. Hias la ikut suka hati..  

Monday, 28 March 2011

Lobster Masak Lemak je..

 
rupa 'saya'(seperti gambar diatas) sebelum operate..kiki
rupa 'saya'(seperti gambar diatas) selepas operate..kiki

Masa ni p pasar BDC kat Sandakan ni. Mula2 datang sini gila punya teruja tengok lobster. Kalau kat semenanjung entah berapa ratus agaknya..Budak kat pasar tu ofer kami RM6. Kami main tawar2..Last2 dapat harga RM4. Cik abg ni dah la hantu udang,syok la dia..Takut gak nak siang lobster ni,saya suruh bos la siang..hihi..Lepas masak,isi dia fuhhh,lemak2 gitu. Sedap gile ooo..Saya yang kurang suka udang pun boleh layan udang ni. Masa ni tau masak lemak je..tapi layan gile ahh..Syukur Alhamdulilah dapat makan lobster ni..
meja beradap (masa tengah rajin je)..hihi

Budak Kicik

Nama dak ni Batrisya Safiya. Ejaan dia saya xtau sebab mak dia tak bgtau..hihi. Kalau ada yang tanya nanti saya tanyakan kat umie dia ye..Dia la kawan,teman masa cik abg p keja. Kami berkenalan tarikh 4.1.2011, hari Isnin..hehe..Masa tu saya takut dengan dia,maklumla tak tau perangai dia cam mana.. Dah 2,3 minggu dah kenal dah..Kalau dia tak datang,sunyi ooo..sebeb xboleh dengar suara dia yang suka 'nanyi'..hihi..Tengok la aksi dia bila orang nak amek gambaq..

dia dok posing tak tgk camera pulak..
geram..cm nak penyet2 je..hihi
aksi2 budak kicik..
uncle kata sopannya...;)

Saturday, 26 March 2011

Ikan Bakong Bakar

Ermm..plan dah lama nak buat ikan bakar ni. Dok search2 resepi jumpa kat sini. Tapi saya dah mengubah ikut cara saya..Maaf ye,apapun sedap. Saya guna ikan bakong. Tak tau pulak kat semenanjung orang panggil ikan apa. En suami kata sedap ikan ni,rasa dia manis2 gitu. Makan dengan nasi panas2 dengan air asam,perhh..sedap ooo..Jom2 layan resepi ni..Saya masak simple je hari ni..kiki


Ikan Bakong Bakar
Sumber: Konda Kondi

Bahan-bahan
  • Seekor ikan bersaiz besar-saya guna ikan bakong
  • separuh bawang besar saiz kecil*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • halia sedikit*
  • 2 batang serai 
  • kunyit hidup sedikit
  • 15 tangkai cili kering-mesin
  • 3 sudu santan pekat-saya guna santan kotak
  • air asam jawa
  • gula dan garam
  • daun pandan or daun kunyit or daun pisang-sy guna daun pandan
Caranya:
  1. Tumis bahan2(*) sampai kering sedikit. Guna sedikit minyak je ye, kemudian masukkan cili mesin. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Perasakan gula dan garam. Biarkan kering macam pes tu
  3. Lepas tu masakkan santan. Kacau2 biar sebati dan tutup api
  4. Lumpur ikan dengan pes tadi lepas tu lapik ikan dengan daun pandan. Bakar dlm oven
  5. Hidangkan dengan nasi panas dan air asam.
Telur Kentang Dadu
Sumber:Pinggan Merah

Bahan-Bahan
  • kentang-potong dadu
  • 1 biji telur -pukul sedikit
  • bawang besar
  • serbuk cili @ serbuk paprika
  • garam
  • kunyit
Caranya
  1. Goreng kentang sampai empuk. Masuk serbuk cili, garam, kunyit. 
  2. Kemudian baru masukkan bawang. Biarkan layu baru masukkan telur. Kacau2 biar sekata baru tutup api. 
  3. Hidangkan..
Menu tengahari kami. Simple tapi bes telur kentang, ikan bakar, ulam timun, salad pencicah. Mangkuk 1 lagi lupa nak bubuh kicap.Cek abg ni tak makan air asam,so pencicah dia kena buat lain..hehe

Friday, 25 March 2011

Udang Masak Lemak Cili Api


Udang Masak Lemak Cili Api
Sumber: Pinggan Merah

Bahan-bahan
  • 1/2 kg udang
  • 1/2 halia*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 10 cili padi-*saya guna cili burung (ikut kepedasan masing )
  • 2 batang serai-ketuk
  • santan
  • garam
Caranya
  1. Masukkan bahan yang diblend(*) ke dalam periuk. Keringkan sedikit atas api kemudian masukkan serai.
  2. Lepas tu masukkan santan. Biarkan sekejap baru masukkan udang. Perasakan dengan garam. Sesapa yang nk masukkan pak aji,silakan. Biarkan mendidih. Tutup api
  3. Hidang

Thursday, 24 March 2011

Special Thanks Dedicate To My Beloved Husband


Dah lama saya nak taip entry ni tapi kali ni baru sempat. Saya nak dedikasikan ribuan,jutaan terima kasih yang mengunung tinggi cheeewahh.. kepada En suami aka Mohd Nazri Othman. Sebab dia saya dapat coret-coret dalam blog yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab bertungkus lumus sampai tak nak tidur sebab nak edit blog Pn isteri dia ni..kiki..Dorongan dan kritikkan yang berbakul2 saya dapat dari suami saya ni tau maka terhasillah Pinggan Merah..Semoga blog saya ni akan berkekalan...Amin..

Soto Ayam

Bawah resepi yang saya janjikan semalam. Saya taip semula resepinya. Terima kasih je kak Hana sebab kongsi resepi ni,kak hana buat nasi sup saya buat soto..Sedap. Resepi kat bawah ni saya dah ubah2 sket sebab ada bahan yang saya tak ada stok. Sori je kak Hana saya ubah2 sket..hehe..Kalau ada semua bahan sure lagi sedap..

Resepi Soto Ayam
Sumber : Kak Hana


Bahan-bahan
  • 4-5 ketul ayam
  • 1/2 biji bawang besar kuning*
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1sk serbuk jintan putuh
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar santan-xbubuh
  • bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih
  • 1/4 sk kecik serbuk buah pala-xbubuh
  • sebatang serai-ketuk
  • lengkuas-ketuk -saya xbubuh
  • 1 inci halia-ketuk
  • carrot @ kentang-optional saya bubuh carrot je
  • 1 batang saderi-xbubuh
Bahan2 sampingan
  • bergedil
  • nasi impit
  • kacang
  • daun sup-xbubuh
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • mee@bihun
Caranya:
  1. Panaskan minyak,tumis kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,bunga lawang. Tumis sebentar,masuk bahan kisar (*). Campur serbuk ketumbar,jintan manis,lada sulah dengan sedikit air-jadikan pes. Masuk dalam periuk tadi, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukan serai, halia, lengkuas, ayam, kiub dan air secukupnya.
  3. Bila ayam setengah masak masuk kentang, carrot dan saderi. Biarkan masak dan empuk
  4. Masukkan sedikit santan, garam secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api
  5. Kak Hana makan dengan nasi, tapi saya makan dengan bihun dan nasi impit.
  6. Sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masuk gula dan kicap. Hidang bersama sup tadi
  7. Bergedil simple versi saya: Kentang direbus,kemudian lenyek. Masukkan lada sulah,garam dan bawang goreng. Gaul sebati kemudian bulat2 kan. Celup dengan telur dan goreng dengan api sederhana. 
  8. Selamat mencuba.

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP