Thursday 21 April 2011

Apam dot.dot.dot

Salam petang khamis.. Dah lama nak post apam ni tapi asyik lupa je.. Ni buat untuk balqis ari tu sebelum dia pindah semenanjung awal bulan ari tu. Apam ni rasa ala2 apam mekar,bes jugak. Kena api slow je nak kukus apam ni. Dulu saya buat apam mekar pakai mixcer tapi kali ni mixcer demam pulak.. Tapi saya blender je adunan ni. hehe.. Aduna ni pekat,so xleh blend lama,msa blend tu pun dah ala2 berasap. Tapi blend tu sangat memahani yang tuannya tak larat pakai tangan..Jenuh ooo kalau nk pakai tangan..resepi ni saya dah tengok tahun lepas lagi tapi nak buat cek abg tak layan menda2 camni..huhu..Saya amek kat kak Hana punya resepi. Resepi ni masuk majalah Jelita Keluaran April 2011. Saya mintak izin nak cnp je..Time Kasih daun keladi kak Hana..:p

Resepi: Apam dot.dot.dot
Sumber: hanamemories


Bahan-bahannya
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (saya letak 190g)
  • 150gm susu segar (saya guna susu cair)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) (saya tak letak)
  • Pewarna
Caranya
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.(saya pakai blender,putar sampai warna putih)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
 En Senyum mendahului barisan hadapan..kiki

2 comments:

Ida Junaida

best la bt apam dot.dot..ina nk try tp lum kesempatan lg nk bt...

Suka Suki

buat la ujung minggu.. sure irsyad suka..lg bam2 dia..letak filing apa,lg sedap

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP