Thursday 21 April 2011

Nasi Impit vs Kuah Kacang

Dah lama nak makan nasik impit dengan kuah kacang ni..Nak je makan tapi malas pulak nak buang kulit kacang tu. Kalau umah kampung or umah ada tanah senang. Ni dok umah yang tinggi ni leceh sikit nak tampi2 ni. Tapi kan..kan..nak seribu daya,xnak seribu dalih..hehehe..Malas nak cita panjang2..


Resepi: Kuah Kacang
Sumber: rinnchan

Bahan-bahannya:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit 
Dikisar dgn air(*)
  • 6 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering, direndam*
  • Segenggam udang kering, direndam *
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam 
  • 2 batang serai (saya tambah)-ketuk
  • Air anggaran 400ml - 500ml  
 Caranya:
  1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar. 
  2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak. 
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
    dikacau sekali-sekala. 
  4. Masukkan kacang tanah, gula, garam dan serai.
  5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
    kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat. 
  6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.        
 
 

0 comments:

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP