Tuesday 12 April 2011

Bun Tuna & Sosej Roll


Alhamdulilah..Selepas 6,7x try buat roti akhirnyaaaa..jadi!!! Syokknya tak terkata..Lembut pulak tu. Resepi ni amek kat sini. Terima kasih ye kak..Sedap betul roti tu,masa tengah panas2 dh masauk mulut. excited nak tau jadi ke dak,maklumla sebelum ni buat xpernak jadi..kiki..konon nak bagi cantik letak dok tu dalam tray muffin. Bila keluar oven mak aii,bulat elok je. hehe.. tapi ada gak yang buat bubuh dalam tray biasa je. Saya letak tuna dalam tu. Simpan esok pagi pun bun tu still lembut gile!

Bun Tuna & Sosej Roll
Sumber: hanamemories

Bahan-bahannya:
  • 300g tepung roti
  • 60g gula halus
  • 5g garam
  • 10g susu tepung
  • 1/2 sudu teh bread improver
  • 1/2 susu teh bread softner
  • 2 sudu teh yis
  • 30g telur (pukul sedikit dan timbang)
  • 150ml air-bergantung pd tepung
  • 30g mentega
Caranya:
  1. Campur semua bahan kecuali mentega. Gaul hingga jadi doh. 
  2. Tambah mentega dan terus uli hingga jadi doh yang kenyal dan anjal. Lebih kurang 15m-20m
  3. Bulat2kan doh. Letak dalam bekas dan tutup dengan towel kitchen yang bersih.
  4. Letak dekat tempat yang panas tapi teduh. Biar 1 jam@ hingga doh naik 2x ganda.
  5. Tepuk2kan bagi keluar angin. Saya ikut k.hana bahagikan doh 40g setiap satu.
  6. Lepas tu isikan tuna atau balut dengan sosej atau buat la ikut suka hati masing2.
  7. Bakar pada suhu 190C selama 20minit ke 25minit.
  8. Siap!
 ni bun baru keluar dari oven.yang ada cis tu sosej roll yang xberapa menjadi rollnya..;p

0 comments:

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP