Wednesday, 19 October 2011

Meatball with cheese in Tomato Sauce

Resepi ni dah lama sangat nak buat, ada la dalam setahun kot.. Asyik lupa n tak cukup bahan. Taoi Alhamdulillah, tengah2 sibuk gila ada gak masa nak mengentel meatball ni. Aryan ada dengan daday masa ni so senang la mummy nak bakar dapor tu..hihihi.. Macam biasa la, saya dah ubah sikit2 resepi ni ikut selera saya. Saya pencinta cis ni so bukan saja toping saya bubuh cis dalam meatball pn saya bubuh gak. Sedap sangat! Saya buat minum petang ari 2. Boleh je makan dengan roti,mee or apa2 jela yang sesuai. Menu ala2 cam kat Pizza Hut, dah tak ingat namanya. Encik suami la yang ajar saya makan n kami sangat suka! Saya amek resepi dari Blogresepi. Saya copy n paste kat cni je n mintak maaf sebab saya ubah ikut selera sendiri.


Resepi asal : Meatball in Tomato Sauce
Sumber : Blogresepi


Bahan-bahannya:
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar (saya guna daging lembu)
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis-(tak letak)
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar-(tak letak)
  • 1/2 teaspoon serbuk cili-(tak letak)
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak(saya letak)
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh-(tak letak)
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak-(tak letak)
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • mozarella cheese secukupnya-(untuk inti)
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • 1 teaspoon daun basil kering(saya tambah)
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Caranya:

  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis dan masukan cheese dan kepal sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :) 
 sebelum tabur cheese

with mozarella & parmesan cheese

fresh from oven

Jom makan!!!

Tuesday, 18 October 2011

Kek coklat untuk Aryan!

Hahaha..agak lawak tajuk kat atas tu.. Tapi tu la yang sebetulnya tapi mummy ngan daday la yang tolong aryan makan..hihi.. Saja buat sebab anak mummy dah 3rd month! Syukur padaNya.. Ni saja simpan coklat untuk kek batik ari tu. Konon nak susun biskut meri cantik2 tapi asyik tak sempat je, saya buat je macam biasa.. Tapi yang specialnya untuk Aryan, mummy letak toping syrup Hershey's yang Aryan mengidam masa dalam perut mummy ari 2..hihi..Sedap sangatkan Aryan..yummyyyy!!!!!. Resepi sama je cam Kek Batik ari tu cuma saya tambah toping.. Jom cuci mata..



Thursday, 13 October 2011

Rendang Ayam Hijau Majalah Rasa

Rendang hijau ni menu makan malam td.. Nak buat dari minggu lepas tapi asyik tak sempat je. Cili hijau dalam peti ais tu nak layu dah..cm la busy sangat2 kan..kan...yela nak buat kerisik lg. Saya lebih suka buat sendiri dari beli.  Resepi ni saya amek dari majalah Rasa. Dalam Rasa ni guna kerang, tapi kat cni susah nak dapat kerang so saya tukar kerang jadi ayam.. Dalam resepi ni saya ada edit2 sket ikut citarasa saya.. Saya suka resepi ni kena dengan taste saya. Mai layan resepi ni..


Resepi asal: Rendang Kerang Hijau
Sumber: Majalah Rasa


Bahan-bahannya:
  •  500gm isi kerang-saya guna ayam
  • 1 helai daun kunyit-saya tukar daun limau purut
  • 1 batang serai -ketuk
  • 1 biji kelapa-ambil santan
  • *10 biji cili hijau
  • *7 biji cili padi
  • *1 batang serai
  • *2 cm kunyit hidup
  • *1 cm halia
  • *1 cm lengkuas
  • *4 biji bawang besar
  • *3 biji bawang putih
  • garam secukup rasa
  • gula
  • 3 sudu besar kerisik -saya tambah
  • 4 sekawan-saya tambah
*untuk kisar

Caranya:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan masukkan bahan yang dikisar, daun kunyit, serai dan kerisik hingga pecah minyak
  2. Masukkan ayam,kacau sebentar biar sebati baru masukkan santan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
*Jika mahukan lebih pedas, tambahkan cili padi semasa mengisar bahan-bahan

Tuesday, 11 October 2011

Kek Batik

Kek ni dah 2 hari buat,tapi asyik bz je menguruskan hero2 kat umah ni tak sempat nak edit blog ni..hihi. Dah lama teringin nak buat kek ni. Last buat pun tahun lepas kot. Resei ni amek kat My Resepi. Sedap gak..Rasa pahit2 coklat... Sedap! Saya  ada edit2 sket resepi ni..Meh la layan resepi ni..


Resepi : Kek Batik
Sumber: BBB

Bahan-Bahan
  • 1/2 cawan milo
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup-saya guna planta
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan serbuk koko
  • 340 bungkus biskut marie 
  •  badam-saya tambah
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie).
  2. Cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil.
  3. Kacau bahan-bahan tu sampai pekat 
  4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan badam kacau sehingga sebati.
  5. Lepas tu boleh masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
  6. Masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan.
  7. Selamat mencuba



Tuesday, 27 September 2011

Aryan dan Jaundice


                          1st admitted at Hospital Seberang Jaya

Sedihkan tengok anak sendiri dok bawah lampu panas ni..Sian dia,dah la sorang2 pas tu tak pakai baju dengan seluar pulak 2..Masa jaundice aka kuning dia 263. Mula2 doktor suruh p hospital 15 Julai 2011 memang tak boleh terima. Dah la baru lepas bersalin 2 hari, kena masuk wad balik. Ya Allah..tension sangat.. Ktorang berkampung kat wad tu 3 hari 2 malam la juga. Hari ke-3 17hb Julai 2011 kat wad doktor kata kuning dah 201 dan Aryan boleh balik. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa daday..Aryan rindu kat daday, mummy lebih2 lagi..:)

                        2nd admitted at Hospital Bukit Mertajam

Lagi sekali kami diuji. Kali ke-2 Aryan kena masuk wad. Kali ni kat Hospital Bukit Mertajam, tempat Aryan lahir. Sian anak mummy..Kali ke-2 kena masuk wad ni kuning dia lagi tinggi 279. 2nd admitted ni doktor kata hari ke-2 dah boleh balik tapi saya mintak duduk lagi 1 malam. Sian daday masa ni belum dapat main2 ngan anak dia lagi n sepanjang masuk wad ni la daday asyik ulang alik dari rumah ke hospital. Tengahari datang pas tu balik. Petang datang balik.. Thanks daday! Dekat 3 minggu gak kena check up kat klinik. Alhamdulillah sekarang dah sembuh..

Muhammad Aryan Qayyum

 Assalammualaikum semua..

Agak lambat edit cita pasal buah hati ke 2 ni..hihi..Maklumla 'buat2' terlalu sibuk sejak bertiga ni..Si kecik ni aka Muhammad Aryan Qayyum lahir seberat 3.1 kg pada 13 Julai 2011 pada pukul 9.46 pagi waktu tempatan di Hospital Bukit Mertajam,Pulau Pinang.  Syukur pada Allah saya tak susah nak bersalin. Actually saya masuk hospital 2 hari sebelum bersalin. Masa tu tak sakit cuma turun darah. p check kat hospital terus kena tahan sebab dah terbuka 2cm. Syok gak duk hospital masa tu,relax je atas katil.. Saya duk tertunggu2 bila la nak sakit ni. Tak tau sebenarnya sakit nak bersalin camna.. 13 Julai 2011 pukul 1.30 pagi baru rasa sakit. Sebelum ditolak masuk bilik bersalin baru kak sebelah katil kata "Haa..baru nampak muka nak bersalin, sebelum ni dak pun.."hehehehe.. Disebalik dia kata cam tu saya dah ditolak masuk ke labour room pada 12 Julai 2011! Tapi disebabkan saya tak sakit, saya ditolak keluar enjoy2 dalam wad semula. Sakit selepas pecah air ketuban tu..tiap orang lain2 rasa sakitnya. Syukur saya sakit nak kuar baby tu sat ja. Nurse pelatih tu kata kak senang bersalin..hehe.. Saya bersyukur bersalin di Hospital Bukit Mertajam sebab yang sambut baby semua nurse perempuan. Layanan kat situ puan saya bagi A+ lah. Nasib tak buang duit p hospital private.

Baru 10 minit kuar dari labour room


Syukur Alhamdulillah sangat2 baby saya sempurna. Takut gak kalau keluar tak sempurna tapi saya dah bersedia awal2 kalau2 kuar tak seperti yang diharapkan.. Saya kini bergelar mummy! Ahaks! 
Semoga Muhammad Aryan Qayyum menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..

    :::Buah hati mummy n daday:::

Thursday, 22 September 2011

Spagetti Bolognese - Khas untuk Apni dan Kak Asmia

Spagetti Bolognese

Bahan-bahannya:
1 paket spagetti
garam
minyak


Caranya:
  1. Rebus spagetti,masuk garam+minyak. Biar sampai kembang. Toskan
Bahan Sos Spagetti:
1 bungkus daging kisar
1 botol sos spagetti Kimball-apa2 perisa
bawang putih-dadu halus
3-4 sudu besarcili mesin (boleh ditambah @dikurangkan,ikut citarasa masing2)
4-5 susu tomato puri
1 bawang-potong dadu
1 tomato-potong dadu
sosej-xnk letak pun xpa
garam
gula sket


Caranya:
  1. Tumis bawang putih. jangan sampai garing. 
  2. Masuk cili mesin. Biar garing sebentar. Masuk daging.
  3. Kacau biar daging dengan cili tadi sebati. Masuk tomato puri dan sos spagetti
  4. Masuk bawang,sosej dan tomato. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap

    Template Recipes by Pinggan Merah®

    TOP