Thursday, 21 April 2011

Nasi Impit vs Kuah Kacang

Dah lama nak makan nasik impit dengan kuah kacang ni..Nak je makan tapi malas pulak nak buang kulit kacang tu. Kalau umah kampung or umah ada tanah senang. Ni dok umah yang tinggi ni leceh sikit nak tampi2 ni. Tapi kan..kan..nak seribu daya,xnak seribu dalih..hehehe..Malas nak cita panjang2..


Resepi: Kuah Kacang
Sumber: rinnchan

Bahan-bahannya:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit 
Dikisar dgn air(*)
  • 6 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering, direndam*
  • Segenggam udang kering, direndam *
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam 
  • 2 batang serai (saya tambah)-ketuk
  • Air anggaran 400ml - 500ml  
 Caranya:
  1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar. 
  2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak. 
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
    dikacau sekali-sekala. 
  4. Masukkan kacang tanah, gula, garam dan serai.
  5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
    kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat. 
  6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.        
 
 

Apam dot.dot.dot

Salam petang khamis.. Dah lama nak post apam ni tapi asyik lupa je.. Ni buat untuk balqis ari tu sebelum dia pindah semenanjung awal bulan ari tu. Apam ni rasa ala2 apam mekar,bes jugak. Kena api slow je nak kukus apam ni. Dulu saya buat apam mekar pakai mixcer tapi kali ni mixcer demam pulak.. Tapi saya blender je adunan ni. hehe.. Aduna ni pekat,so xleh blend lama,msa blend tu pun dah ala2 berasap. Tapi blend tu sangat memahani yang tuannya tak larat pakai tangan..Jenuh ooo kalau nk pakai tangan..resepi ni saya dah tengok tahun lepas lagi tapi nak buat cek abg tak layan menda2 camni..huhu..Saya amek kat kak Hana punya resepi. Resepi ni masuk majalah Jelita Keluaran April 2011. Saya mintak izin nak cnp je..Time Kasih daun keladi kak Hana..:p

Resepi: Apam dot.dot.dot
Sumber: hanamemories


Bahan-bahannya
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (saya letak 190g)
  • 150gm susu segar (saya guna susu cair)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) (saya tak letak)
  • Pewarna
Caranya
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.(saya pakai blender,putar sampai warna putih)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
 En Senyum mendahului barisan hadapan..kiki

Panduan Pemakanan Ibu Hamil

Kalori (tenaga)
Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.
 

Karbohidrat
Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula, dan sebagainya.
 

Protein
Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacang kacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan.
 

Lemak
Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya, sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K), pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain.
 

Vitamin
Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?

             
 1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang, menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.
 

2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomato, pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi.
 

3. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi, vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya.
 

4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.
 

5. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,
 

6. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau, gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.



Mineral
Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral yang diperlukan?

1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya.
 

2. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.
 

3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.
 

4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.
 

5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan
yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.
 

6. Zat besi (Fe)
Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang
       

Monday, 18 April 2011

Bubur Nasi

Bubur nasi paling simple pernah aku buat. Ni resepi kalau tak ada bahan kat umah boleh la buat..Pagi Sabtu ari tu saya buat bihun goreng. Dah siap buat,cek abang kata sakit gigi pulak. Ekceli bukan sakit gigi tapi gusi. Gigi garhan baru nak tumbuh,lepas tu tumbuh senget pulak,tercucuk la bahagian isi pipi bahagian dalam tu. Berlubang la jugak sebab gigi tu dok cucuk. Saya buatkan la bubur ni kat dia. Kebetulan pulak kami belum kuar p market lagi,so bahan2 dia sangat la mudah! check it out!


Resepi:Bubur Nasi
Sumber:Pinggan Merah

Bahan-bahan:
  • 1/2 pot beras
  • 1 sudu besar stok ayam
  • 1 ulas bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 inci halia-ketuk
  • garam
  • bawang goreng
  • ikan bilis tumbuk
Caranya:
  1. Basuh beras secukupnya dan masak hingga nasi kembang sepenuhnya. 
  2. Bila dah kembang dan masuk stok ayam,garam,halia,bawang merah dan bawang putih
  3. Masak hingga air nasi agak kering baru tutup api.Tabur dengan bawang goreng dan kacau.
  4. Hias dengan ikan bilis.
  5. *Kalau sesapa ada ayam,udang,daging,carrot or lain2 boleh la masukkan ye.. :)
 sedap makan panas-panas

Nak Pesbuk Jugak!

Mentang2 la sekarang dah boleh bergerak merata dia tawaf. Auntie nak pesbuk dia pun nak pesbuk jugak. Semakin bijak mudak kicik ni. Saja2 dia masuk bawah kerusi,konon kita leh angkat dia cepat. Sebelum auntie angkat cha,auntie nak snap dulu.. Tengok la gaya2 mudak ni. Nasib baik pandai keluar sendiri..cha..cha..
hye auntie...
nak kuar dah..
 sampai memeleh air liur..hehe..

Tuesday, 12 April 2011

Bun Tuna & Sosej Roll


Alhamdulilah..Selepas 6,7x try buat roti akhirnyaaaa..jadi!!! Syokknya tak terkata..Lembut pulak tu. Resepi ni amek kat sini. Terima kasih ye kak..Sedap betul roti tu,masa tengah panas2 dh masauk mulut. excited nak tau jadi ke dak,maklumla sebelum ni buat xpernak jadi..kiki..konon nak bagi cantik letak dok tu dalam tray muffin. Bila keluar oven mak aii,bulat elok je. hehe.. tapi ada gak yang buat bubuh dalam tray biasa je. Saya letak tuna dalam tu. Simpan esok pagi pun bun tu still lembut gile!

Bun Tuna & Sosej Roll
Sumber: hanamemories

Bahan-bahannya:
  • 300g tepung roti
  • 60g gula halus
  • 5g garam
  • 10g susu tepung
  • 1/2 sudu teh bread improver
  • 1/2 susu teh bread softner
  • 2 sudu teh yis
  • 30g telur (pukul sedikit dan timbang)
  • 150ml air-bergantung pd tepung
  • 30g mentega
Caranya:
  1. Campur semua bahan kecuali mentega. Gaul hingga jadi doh. 
  2. Tambah mentega dan terus uli hingga jadi doh yang kenyal dan anjal. Lebih kurang 15m-20m
  3. Bulat2kan doh. Letak dalam bekas dan tutup dengan towel kitchen yang bersih.
  4. Letak dekat tempat yang panas tapi teduh. Biar 1 jam@ hingga doh naik 2x ganda.
  5. Tepuk2kan bagi keluar angin. Saya ikut k.hana bahagikan doh 40g setiap satu.
  6. Lepas tu isikan tuna atau balut dengan sosej atau buat la ikut suka hati masing2.
  7. Bakar pada suhu 190C selama 20minit ke 25minit.
  8. Siap!
 ni bun baru keluar dari oven.yang ada cis tu sosej roll yang xberapa menjadi rollnya..;p

Wednesday, 6 April 2011

Selamat Tinggal Jiranku

Sekitar minggu lepas agak sibuk sebab jiran saya nak pindah. Sibuk?? macam saya pulak yang nak pindah. So tak sempat nak update berblog ni. Masak2 pun ala kadar je,biasa pun ada kadar jugak tapi kali ni lebih ala kadar..hehe..Jiran ktorg ni orang johor+selangor. Suami dia dapat tukar ke Seremban.. Hilangkan sorang jiran aka kawan yang paling dekat kat sini. Baru je dapat kawan yang boleh ngam dapat pindah pulak.. Nasib badan daa.. Lepas ni saya kawan dengan dak kicik tu jela. Batrisha boleh temankan auntie kan..huhu..Untuk ct n alip,terima kasih banyak2 tak tau nak cakap cammana dah atas semua hadiah2 yang pada kami cukup2 besar. Kami tak ada apa nak kasi korang..huhu..Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Insya Allah,kami takkan lupakan budi korang berdua. Semoga silaturrahim kita lepas ni akan berterusan.. Amin

Template Recipes by Pinggan Merah®

TOP